Sunday 22 April 2012

topology


Topologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Add caption
Jalur Möbius ialah objek yang mempunyai hanya satu permukaan dan satu sudut. Bentuk sebegini adalah antara bahan kajian dalam topologi.
Topologi (dari bahasa Greek τόπος, “tempat”, dan λόγος, “belajar”) ialah cabang utama matematik yang mengkaji sifat rajah yang tidak berubah akibat bengkokan, regangan, dan sebagainya. Ia muncul melalui pembangunan konsep-konsep dari geometri dan teori set, seperti ruang, dimensi, dan transformasi.
Idea tentang topologi telah mula diutarakan seawal 1736, dan pada penghujung kurun ke-19, satu disiplin khusus telah dibangunkan, yang pada awalnya dikenali dengan nama Latinnya geometria situs (“geometri tempat”) atau analysis situs (Greek-Latin untuk “kajian tempat”) sebelum dikenali dengan nama moden, topologi. Menjelang pertengahan abad ke-20, topologi telah menjadi bidang pengajian yang penting di dalam matematik.
Perkataan topologi merujuk kepada satu disiplin matematik dan juga untuk satu keluarga set dengan sifat-sifat tertentu yang digunakan untuk mentakrifkan ruang topologi, satu objek asas topologi. Topologi mengandungi banyak cabang. Antara cabang yang paling asas dan tradisional ialah:

Alamat IP


Alamat IP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan — seperti penghala, komputer, pelayan-masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon — boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.
Alamat IP dicipta dan diuruskan oleh IANA. IANA biasanya akan menguntukkan blok-blok kepada pejabat pendaftaran Internet wilayah, yang akan mengagihkan blok-blok yang lebih kecil kepada ISP dan syarikat-syarikat.
Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan nama domain (cth. www.wikipedia.org) kepada alamat IP (207.142.131.248).

Isi kandungan

 [sorokkan

[sunting] Keunikan IP

IP adalah satu protokol lapisan rangkaian di dalam set protokol Internet dan adalah protokol lapisan atasan yang menyediakan alamat sejagat yang unik (cth. alamat MAC untuk ethernet) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol lapisan pautan data — melalui penggunaan alamat IP — yang menyediakan keupayaan untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaian.
Dengan kata lain, alamat IP adalah seperti alamat penuh untuk mel pos sementara alamat MAC sekadar nombor rumah. Contohnya terdapat banyak alamat dengan nombor rumah 123 tetapi hanya ada satu alamat untuk 123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia. Hanya sekadar pos kepada "123" tidak akan sampai ke mana tetapi "123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia" adalah alamat sejagat yang unik. Contoh kedua adalah seperti nombor telefon, alamat MAC cuma sekadar nombor telefon biasa (contoh 12345678), manakala alamat IP ialah nombor telefon yang lengkap dengan kod negara dan kod kawasan (contoh +603 12345678). Namun satu perbezaan ketara dengan dua contoh di atas ialah alamat IP seseorang itu bukan maklumat awam.
Sifat unik alamat IP membolehkan dalam banyak situasi untuk menjejak komputer mana — dan berkemungkinan, pengguna mana — yang menghantar mesej atau berkecimpung dalam suatu aktiviti di Internet. Maklumat ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengenali penjenayah yang disyaki; walau bagaimanapun perkongsian alamat IP atau penggunaan alamat IP dinamik (seperti di Malaysia), menyukarkan proses ini.
Alamat IP boleh kelihatan dikongsi oleh beberapa peranti kerana mereka sama ada berkongsi persekitaran pelayan web hos atau pelayan proksi (contohnya ISP atau perkhidmatan ketanpanamaan) yang bertindak sebagai perantara bagi pihak pelanggannya. Dalam kes ini alamat IP sebenar pengguna tidak dapat dikesan oleh pelayan. Analogi kepada sistem telefon ialah kegunaan nombor dail keluar (proksi) dan nombor sambungan (kongsi).