Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang mengekalkan keadaan fisikalnya (data) untuk suatu jangka masa tertentu, walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan.
Di dalam komputer rumah, jenis storan selalunya terdiri daripada:
- Cakera keras, yang menyimpan program dan fail pengguna. Ia boleh menyimpan data walaupun tanpa bekalan kuasa, dan mempunyai muatan yang besar.
- Cakera liut bersaiz 1.44 MB (kini menjadi kurang popular dengan adanya cakera optikal dan pemacu kilat USB
- Cakera optikal, iaitu sama ada CD-ROM, DVD-ROM atau cakera Blu-ray. Cakera optikal mempunyai saiz storan yang besar, iaitu 650 MB (cakera padat), 4.7 GB (DVD) dan 25 GB (cakera Blu-ray).
- Pemacu kilat USB adalah jenis peranti storan yang semakin popular bagi menggantikan disket disebabkan saiznya yang kecil tetapi mampu menyimpan data yang jauh lebih besar, malah sesetengah model mempunyai saiz storan lebih besar daripada sekeping DVD. Pemacu kilat USB menggunakan ingatan kilat yang tidak meruap tetapi boleh dipadam dan ditulis semula dengan pantas.
- RAM, digunakan untuk menyimpan program atau data untuk sementara semasa komputer sedang menggunakannya. Ia boleh berfungsi dengan laju, namun segala maklumat yang ada di dalamnya akan hilang apabila komputer dimatikan.
- Ingatan cache, biasanya dipasang terus pada mikropemproses, cakera keras atau peranti lain. Ia merupakan satu ingatan kecil berkelajuan tinggi yang menyimpan salinan data supaya pemproses boleh bekerja dengan pantas tanpa perlu menunggu peranti lain yang perlahan.
Satu analogi yang sesuai ialah ingatan manusia, di mana cakera keras merupakan ingatan jangka panjang dan RAM merupakan ingatan jangka pendek.
[sunting]Ingatan utama
bahagian-bahagian ingatan (memory) untuk mengingati data serta menyimpan sementara arahan dan tugas yang perlu dilaksanakan
Ingatan utama komputer juga dikenali sebagai RAM, mewakili Ingatan capaian rawak ("Random Access Memory"). Ia dibina dari litar bersepadu dan memerlukan kuasa eletrik bagi mengekalkan maklumat di dalamnya. Apabila kuasa hilang, maklumat dalamnya turut hilang. Ia boleh dicapau secara langsung oleh CPU. Masa capaian bagi mambaca dan menulis byte tertentu adalah bebas dari di mana di ingatan byte tersebut berada, dan kini sekitar 50 nanosaat (seribu juta dari sesaat). Ini secara kasar setara dengan kepantasan CPU perlu untuk mencapai data. Ingatan utama mahal berbanding ingatan luar oleh itu ia memiliki kasiti terhad.
Kapasiti yang ada bagi harga diberi semakin meningkat setiap masa. Sebagai contoh banyak Komputer Peribadi kini memiliki keupayaan 16 megabyte (juta byte), manakala 64 megabyte kini biasa pada stesyen kerja perniagaan. CPU biasanya akan memindahkan data dari dan ke ingatan utama dalam kelompok dua, empat, atau lapan, sungguhpun operasi yang dilaksanakannya hanya memerlukan satu byte.